Hanya Insan Biasa
Sorry,this entry is too mainstream.Kah.
Posted on @Monday, 1 December 2014 with 0 cream.s
Hello and Assalamualaikum.

"Weh,kau nak tahu,hasya hantar cerpen dekat satu grup penerbit buku."
"Serius,wow,hebatnya dia.Mana engkau tahu?"
"Erm,aku dengar aje lah.Tapi kau rasa dia hantar cerita apa ah?Bukan dia suka tulis romantikkomedi punya cerita ke?Boleh pakai ke?"

hai akakakak pakcikmakcik adik adik,yang tahu tengtang desas desus tentang perkara di atas,serius gua nak cakap,setakat ni belum berlaku apa apa lagi seperti kes diatas.Siapa siapa yang terdengar,sorry,gua belum pro sampai nak hantar dekat mana mana publisher.Cuma ya,memang itu merupakan cita cita aku.Doakan.Clear eh."Dekpong,tubik banyok ngat soalang gini.Mari mana dahu."

Tamat sudah.


Assalamualaikum and Hello,
Macam mana dengan cuti anda?
Masih bangun pada pukul 8.36 pagi?
Masih mandi pada waktu tengahari kononnya jimatkan air?
Masih terperap didalam bilik,berangan sambil main ask.fm?
Masih terperap didalam bilik seolah olah apa yang berlaku di ruang tamu,dapur bukan kawasan seliaan anda?
Masih bergolek di atas katil tanpa mengeluarkan tenaga untuk membantu ibu di dapur?
Masih malas untuk menemani adik bongsu anda untuk bersiar siar pada waktu petang?

"Seems like you talking to yourself." Kbai.

Wah wah,sedapnya kau bermadah kata tanpa menggunakan pelapik.Berdas das kau tembak dekat hati manusia sekeliling kau.Hanya kerana kau nak menyentapkan orang.Dey,memang tak salah kalau kau nak tegur dengan cara kau sentapkan mereka.Tak salah.Sebab manusia ada kata,nak tegur orang kena ada seni,nak tegur orang ada pelbagai cara,lisan,perbuatan sebagainya.Dan apabila kau memlih untuk menggunak medium media sosial sebagai tempat kau mengeur,serius tak salah.Tapi kalau kau menggunakannya tanpa sebarang alas,pelapik,apa kau ingat si mereka tu akan terima teguran kau dengan mudah?
Lagi lagi kalau kau menaip ala ala kau adalah manusia perfect yang sentiasa mengharapkan manusia lain seperti kau tapi kau hanya menggunakan cara yang aku rasa,aku sendiri pun tak nak berubah.
Dey,Aku tahu kau anak seni,sebab tu ayat kau pergh,hiperbola sana sini,tapi kalau setakat ayat ayat kau membuatkan mereka semakin menjadi jadi,sedih,apa gunanya?
Ibarat kain hitam,yang kau curah pelbagai warna,merah,kuning,hijau tapi last last,kau celup kain tu dalam tong hitam jugak.

Memang,nak tegur orang pelbagai cara ada,tapi kalau tak kena?Sia sia.
Cuba tanamkan dalam hati,kau tegur orang biar berpada pada,jangan sebab orang dah assume kau pakar tegur secara sentap,kau boleh pompampam sana sini.

"Seems like you talking to yourself." Yehaaa,

Sebanyak mana pun kau guna peluru nak kasi sentap,tapi kalau amal kau tu membuatkan orang lain terasa,kau rasa kau berjaya ke?

Tanya balik diri,betul ke niat aku sebenarnya ada banyak account dekat media sosial.Betul ke cara aku guna twitter,facebook,ask.fm terutamanya.

Kita sama sama manusia.Saling mengingatkan tu penting,tapi ada lah cara dia,sebab tak semua manusia boleh terima cara kau.Aku boleh.Tapi orang lain?
Sehebat-hebat kau menulis,satu masa nanti,mungkin kau yang akan jatuh....Dan mungkin untuk kau naik semula,tak mustahil berdas das peluru kena dekat hati kau dulu.Fuh.

So,Mari kita sama sama muhasabah,
tajdid niat.
Aku cakap umum sebab aku tak mention mana mana nama.
Kalau ada yang sengaja nak terasa,aku minta maaf,tapi serius ini umum....


"Weh,Kau nak tahu,Mat Lutfi post a new video.Serius lawak.Percayalah."
"Serius?wow,Hebatnya,mana engkau tahu?Kau jangan me reka."
"Aku dah tengok haritu,Alah,janganlah kau ungkit yang lepas,aku dah insaf."


Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.