Hanya Insan Biasa
Pendaman.
Posted on @Saturday, 28 November 2015 with 0 cream.s
Assalamualaikum

Lama giloss tak update blog.

So gaiss,hows life.

So yeah tahun depan dah form 5,so makin lama makin rasa macam dah besar tapi tanggungjawab juga makin besar.Study lagi,Program lagi,
 Semua perlukan tanggungjawab.

Aku dulu pun ada fikir kadang kadang,
kenapa makin lama makin susah.
So aku dapat satu jawapan yang hampir 50% dapat diterima.
Kau tahu tak kenapa hidup ni makin mencabar?
Sebab kehidupan kalau tak ada cabaran,always happy,no tears blabla
tak best.
Sebab kau akan rasa macam lifeless dan kau akan rasa kau selesa dengan kehidupan kau sekarang,
which mean
kalau kau ter susah,
kau
akan
meratap
seumur
hidup.
Kau nak macam tu?

Nehi nehi babuje.
Sebab cabaran pengalaman,
akan buat kau rasa kau matang.
So kalau kau asyik kena perli,
"weh asal kau bajet matured namatey,lek dah la"
kau kena bangga,uhuk.
Sebab tu tanda kau makin power,InsyaAllah,so kau tak kan meroyan bila kau ter susah sebab kau dah biasa kau dah pernah tercabar
dan yes
kau patut bangga


dari jadi seorang yang pasif,yang sentiasa nak tolak orang lain pergi depan,
kau duduk belakang terkedu.
Kau duduk belakang konon konon sibuk menyalin.
Tapi bila orang yang kau tolak tu dapat nama,
kau kemain cemburu,perli,kutuk.

Tapi kau tak tahu sebenarnya yang kau
pengecut.


Sudah lah berdiam diri berpeluk tubuh.
Bila lagi kau nak cari bakat dalam diri kau.
nak cari potensi kau.
Kang nanti bila kau dah masuk umur puluhan,
kau masih bergantung hidup dengan orang lain.

Dalam hidup kau kena ada strategi
perancangan hidup
so that
kau tak nampak sangat macam
orang
yang
tiada
hala tuju.
Just stick on dengan strategi kau dan tolong jangan sibuk nak adjust strategi orang lain.
Kau siapa?

Jadi diri sendiri,
supaya kau tak payah nak usha orang lain
untuk jadi macam dia.


Dan tolong harapan aku,aku tahu sebenarnya karya aku telah diambil oleh yang lain,
aku tak tahu siapa
tapi tolong jangan tiru cara aku
sebab cara aku bukan seratus peraus
betul bagus hebat.


Sebab bila aku baca aku jadi menyampah meluat mengada
dengan apa yang kau tulis kau buat
sebab tu
karya aku lah weh.





#BigBadWolf
#Xpert15
#SisSukaJalan
#AkuNomad


Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.
Jauh Benar,
Posted on @Thursday, 2 April 2015 with 0 cream.s
Dan bila kita bersama,
Hah
Ada saja cerita
Senyum gelak ketawa
Sampai satu cerita
Kita terdiam
Kelu dan sepi
Bagai ada yang menghentikan kita
Ibarat  satu magis
Kita sama cerita
Sama ketawa
Sama gaya ketawa
Juga sama cara berhenti berkata
Tapi satu ketika
Aku sedar
Dari leka
Aku cuma ketawa gembira
Cuma aku
Tanpa teman yang biasa menemani
Kerna kita sudah jauh
Atau sebenarnya,
Hati kita sudah jauh.


Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.
Sorry,this entry is too mainstream.Kah.
Posted on @Monday, 1 December 2014 with 0 cream.s
Hello and Assalamualaikum.

"Weh,kau nak tahu,hasya hantar cerpen dekat satu grup penerbit buku."
"Serius,wow,hebatnya dia.Mana engkau tahu?"
"Erm,aku dengar aje lah.Tapi kau rasa dia hantar cerita apa ah?Bukan dia suka tulis romantikkomedi punya cerita ke?Boleh pakai ke?"

hai akakakak pakcikmakcik adik adik,yang tahu tengtang desas desus tentang perkara di atas,serius gua nak cakap,setakat ni belum berlaku apa apa lagi seperti kes diatas.Siapa siapa yang terdengar,sorry,gua belum pro sampai nak hantar dekat mana mana publisher.Cuma ya,memang itu merupakan cita cita aku.Doakan.Clear eh."Dekpong,tubik banyok ngat soalang gini.Mari mana dahu."

Tamat sudah.


Assalamualaikum and Hello,
Macam mana dengan cuti anda?
Masih bangun pada pukul 8.36 pagi?
Masih mandi pada waktu tengahari kononnya jimatkan air?
Masih terperap didalam bilik,berangan sambil main ask.fm?
Masih terperap didalam bilik seolah olah apa yang berlaku di ruang tamu,dapur bukan kawasan seliaan anda?
Masih bergolek di atas katil tanpa mengeluarkan tenaga untuk membantu ibu di dapur?
Masih malas untuk menemani adik bongsu anda untuk bersiar siar pada waktu petang?

"Seems like you talking to yourself." Kbai.

Wah wah,sedapnya kau bermadah kata tanpa menggunakan pelapik.Berdas das kau tembak dekat hati manusia sekeliling kau.Hanya kerana kau nak menyentapkan orang.Dey,memang tak salah kalau kau nak tegur dengan cara kau sentapkan mereka.Tak salah.Sebab manusia ada kata,nak tegur orang kena ada seni,nak tegur orang ada pelbagai cara,lisan,perbuatan sebagainya.Dan apabila kau memlih untuk menggunak medium media sosial sebagai tempat kau mengeur,serius tak salah.Tapi kalau kau menggunakannya tanpa sebarang alas,pelapik,apa kau ingat si mereka tu akan terima teguran kau dengan mudah?
Lagi lagi kalau kau menaip ala ala kau adalah manusia perfect yang sentiasa mengharapkan manusia lain seperti kau tapi kau hanya menggunakan cara yang aku rasa,aku sendiri pun tak nak berubah.
Dey,Aku tahu kau anak seni,sebab tu ayat kau pergh,hiperbola sana sini,tapi kalau setakat ayat ayat kau membuatkan mereka semakin menjadi jadi,sedih,apa gunanya?
Ibarat kain hitam,yang kau curah pelbagai warna,merah,kuning,hijau tapi last last,kau celup kain tu dalam tong hitam jugak.

Memang,nak tegur orang pelbagai cara ada,tapi kalau tak kena?Sia sia.
Cuba tanamkan dalam hati,kau tegur orang biar berpada pada,jangan sebab orang dah assume kau pakar tegur secara sentap,kau boleh pompampam sana sini.

"Seems like you talking to yourself." Yehaaa,

Sebanyak mana pun kau guna peluru nak kasi sentap,tapi kalau amal kau tu membuatkan orang lain terasa,kau rasa kau berjaya ke?

Tanya balik diri,betul ke niat aku sebenarnya ada banyak account dekat media sosial.Betul ke cara aku guna twitter,facebook,ask.fm terutamanya.

Kita sama sama manusia.Saling mengingatkan tu penting,tapi ada lah cara dia,sebab tak semua manusia boleh terima cara kau.Aku boleh.Tapi orang lain?
Sehebat-hebat kau menulis,satu masa nanti,mungkin kau yang akan jatuh....Dan mungkin untuk kau naik semula,tak mustahil berdas das peluru kena dekat hati kau dulu.Fuh.

So,Mari kita sama sama muhasabah,
tajdid niat.
Aku cakap umum sebab aku tak mention mana mana nama.
Kalau ada yang sengaja nak terasa,aku minta maaf,tapi serius ini umum....


"Weh,Kau nak tahu,Mat Lutfi post a new video.Serius lawak.Percayalah."
"Serius?wow,Hebatnya,mana engkau tahu?Kau jangan me reka."
"Aku dah tengok haritu,Alah,janganlah kau ungkit yang lepas,aku dah insaf."


Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.
Kepada anda,pemilik atau bakal pemilik ask.fm,
Posted on @Tuesday, 25 November 2014 with 0 cream.s
Assalamualaikum.
So beb?Cuti ni cane?Rasa makin haybat?Atau makin thabat?

Semua orang ada masalah.
Dan sebab itu kau tak boleh ingat hanya kau yang ada masalah yang perlu di selesaikan oleh kau secepat mungkin dengan bantuan orang lain.
Sounds like you are selfish.
Kau sepatutnya tahu makna bertolak ansur,sabar and bukan setakat pandai berhujah pompam sana sini tapi amalnya ke laut.Tak.

Tapi ini semua bukan point utama aku.
Ask.fm.Makin popular kut.Kalah radio radio popular misalnya hot.fm.
Makin popular,makin ramai pemiliknya.
Dan antaranya adalah aku.
Tak dinafikan,benda ini adalah satu medium untuk saling bertanya.
Cuma aku nak pesan kepada bakal pemilik atau sudah memliki,
tolong tapis jawapan anda,supaya tiada mana mana hati yang dirobek secara tidak sengaja.
tolong jangan nak soal soalan yang "kau tak boleh ke tanya solan ni masa kita jumpa esok?"
tolong ye,kepada yang bertanya,kalau nak tegakkann sangat benang yang dah lama direndam dalam air,jangan lah tegakkan dengan nas nas alquran,kalau diri sendiri pun tak rajin tadabbur alquran.
tolong sangat sangat,kalau nak jawab soalan orang,jawab dengan penuh hemah,jangan tunjuk yang kau ni cetek dalam nak jawab soalan walau paper sains kau dapat D.


Kbai.

Pesanan ini dibuat bertujuan untuk peringatan sesama.
Serius,entri ini tidak terlalu hiperbola kerana faktor faktor tertentu.


Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.
Thanks.
Posted on @Friday, 17 October 2014 with 0 cream.s
Assalamualaikum.
Hai.Rindu.
Rindu nak tulis banyak banyak.
Rindu nak beleber sorang sorang.
Rindu tu datang sebabPt3.

And know, punca rindu dah pergi.Dengan selamat.
Cuma result yang masih belum selamat.

Actually,sepanjang aku senyap,banyak benda yang aku lalui.
Kadang,bila ingat balik rasa macam nak gelak.
Macam macam perisa ada.
Nangis,ketawa,sengih,pendam rasa.Campur.Macam ABC.

Kadang,dulu,aku fikir,kalau dah lama aku tak tulis,adakah aku akan boleh menaip macam dulu.
Corak yang sama.Pola yang sama.
Tapi,aku rasa cara aku menaip dah berubah.
Makin matang sikit kut.

Mungkin sebab pengalaman sepanjang tak menulis.
Aku belajar kalau nak nangis jangan nangis depan orang lain,sebab nanti balik rumah,rasa malu tu membuak.
Aku belajar untuk menjayakan program,fikir orang lain sebab akal orang lain tak sama macam aku.
Aku belajar macam mana nak tangkis semua godaan internet.
Aku belajar tak semestinya dapat jawatan kita boleh bangga,boleh tendang orang suka suki.
Aku belajar perasaan kalau tak dikawal semua hancur.
Aku belajar yang kita ni kadang,perlu bayangkan kita ini kuli agar kita tak pandang rendah orang lain.
Aku belajar persahabatan ni macam makanan.Kalau tak jaga elok elok,basi.
Aku belajar untuk hargai usaha orang lain walaupun dia cuma menyumbang 2 per sen untuk kerja kita.
Aku belajar yang jadi pemimpin perlu ada tali yang erat nak ikat hati.Supaya hati ini tak longgar.Walau muka dah masam tak tahan geram.
Aku belajar orang tak akan suka kita mungkin sebab kisah kita.
Aku belajar perempuan,walau sehebat dia mana pun dia,dia tak harus untuk merendahkan lelaki walaupun perempuan itu setinggi 170 cm.
Aku belajar lelaki,perlu untuk jaga tutur kata supaya hati perempuan ni tak senang untuk dikoyak.Perempuan pun.
Aku belajar untuk sentiasa senyum kepada semua orang walau itu musuh kita.
Aku belajar macam macam.
Macam orang selalu kata,
Allah mungkin ingin menegur kita cuma dia hantarkan sesorang untuk bantu kita.Tegur kita.

And what,aku nak berterima kasih kepada semua orang.Mungkin orang tu sedang membaca entri aku dengan mulutnya tercebik cebik.
Atau mungkin orang itu sedang tersenyum lebar.
Tapi,still aku nak ucapkan terima kasih kepada pemberi surat.penghantar surat.penampal setem dan
semua kawan aku.

Gua udeh habis PT3.
Gue tengah tanam ubi sementara tunggu reslut yang tak berapa nak canggih tu.




"Kepada yang gelak baca entri ini,gelaklah,semoga hati kamu gembira walau hati kamu tercalit sedikit luka"







Kes baca novel banyak sangat.


Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.
Sentap Sana Sini.
Posted on @Friday, 13 June 2014 with 0 cream.s
"Berapa lama abang stay Malaysia?"soal Izzah sambil telinganya mendengar Let It Go.Entah kenapa dia suka sangat lagu ni.Nampak macam budak budak tapi bila kau hayati litik dia,pergh,padu sentapan.
"About 2 weeks.Sekejap je."Abang kembarnya menjawab.Study di universiti Yarmouk,Jordan membuatkan dia jarang balik Malaysia.Jarang sembang dengan Izzah.

Izzah merenung langit malam yang dipenuhi dengan berjuta juta bintang.
Mesti dosa yang aku buat lebih banyak dari bintang ni kan.

"Kau fikir apa tu dik?Pasal boyfriend eh?'usik Farhan.

Izzah mencubit lengan abangnya.Mulut kalau tak ada insurans,ginilah jadinya.Suka merepek.

"Tak kelakar.orang tengah tengok bintang.mesti dosa yang kita buat selama ni banyak daripada bintang dekat atas kan?"Izzah menoleh ke arah abangnya.Cuba meminta respon.

"Allahu,semua orang buat dosa dik.Cuma kita yang kena pandai kawal.Minta ampun dengan Allah.'

Mai dah mood abstrak adik aku ni.

"Kenapa?"soal Farhan ringkas.
"Saja tanya.mukadimah kita malam ni."Izzah tersengih.

"So,apa progress study kau?"
"Progress study eh?Jap aku fikir.aku rasa study aku boleh tahan la.Cuma poket aku makin kempis.aku makan banyak sangat dekat sana.Aku makan...."

"Kau ambil medic kan."potong Izzah.
Karang dibirnya abang aku bersyarah,sampai esok aku tak tidur.padan duk dengar cerita dia aje.
"Haah'
"Senang tak?"
"Kau bukan ambil medic juga ke?"
"Makin pelupa kau eh.Aku ambil perundangan lah.I'm lawyer to be."Izzah tersenyum bangga.

"Lah.Law ke.Medic tak ada lah susah sangat actually.Cuma kena study lebih sikit dari budak course lain.Aku dulu pun merangkak nak study medic tapi sebab ada satu anekdot yang bikin semangat aku terlebh melonjak."

"Pasaipa?"
"Kau ingat cikgu Iman.Ala,yang kalau mengajar,gegar satu sekolah."

Izzah ketawa.Kejam betul abang kasi detail.
"Dia pernah cakap dekat aku tapi sebenarnya,dia perli aku."
-Tulisan awak macam doktor.Nanti boleh ambil medic.Tu pun ,kalau tulisan awak still buruk macam ni.-

"Masa tu aku rasa macam ada peluru dalam jantung.Sentap gila.Tapi aku riilek and see,aku pun doctor-to-be."Farhan menepuk dadanya.Bangga.

"Usaha nak capai satu benda tu penting.Contoh kalau kau dapat E dalam exam but kawan kau punya result gempak,jangan coba gatai nak putus asa.Cakap dekat diri sendiri yang kau boleh.Panda boleh.Eh.Tapi jangan cakap kosong je.Zero.Study lebih sikit.InsyaAllah,result kau pun gempak.
Jangan pandang rendah dekat diri sendiri.Tu point dia."jelas Farhan.Maklumlah,dapat dean list.kena tunjuk pandai depan adik sendiri.Acewah.

"Kau ada masalah ke dik.Story meh."

"Ada orang tak suka aku.Diorang cakap aku bajet bila prsent." See,dah agak ada problem.

"Habaq kat aku sapa.Meh aku kasi lesing sikit."Farhan menyingsing lengannya.eksyen disitu.

"Tak payah nak tunjuk samseng sangat."Izzah mencemik.

"Tapi still ramai suka kau kan?"

"Ramai tu adala.Aku tak kisah sangat.tapi,sadisnya,ramai lagi tak suka aku."keluh Izzah.

"Chill lah dik.Kira okay apa.At least,diorang alert dekat kau.Buatnya diorang tak sedar kewujudan kau.Haru biru hidup kau karang.Kau kan attention seeker."

Izzah menopang dagunya.Cuba mencerna kata kata abang kembarnya.Ekstrem punya ayat.

"Adik,look it as professional.Lagipun kau kan bakal lowyar.Aku tahu,dengan loyar buruk kau tu,perkara macam ni celah gigi kau je."

Haikal terjerit kecil apabila si ketam mencubitnya.Lagi.

"Try kenalpasti apa diorang tak suka.Mana tahu dapat benefits.
Contoh paling senang,mungkin diorang tak suka kau sebab ayat bisa kau.
Aku kenal kau macam mana dik.
Kalau bercakap,berdas das kau tembak kasi sentap.
So,beware,cuba kurangkan ke bisa an ayat kau.
Tok sah nak kasi sentap sangat."

"Mulut aku laser sangat eh?"

"Kekadang.Tapi aku suka je dengan ayat sentap kau.
Sebab bagi aku,kalau tak ada ayat sentap,dunia ni tak ekstrem.Tak ada hiperbola.
Hidup kita kekadang kena ada konkrit.Kekadang,kena ada abstrak.
Baru stabil."

Izzah mengalirkan air matanya.Hiba.
Farhan mengenggam tangan adiknya.Kejap.

"Adik,no nangislah.Adik tak salah cuma kita kena faham,setiap orang,lain cara pemikiran dia.
Kecuali kita yang kembar."Farhan cuba memujuk adiknya.

"Abang,macam mana nak hidup tapi orang tak suka kita."Aippp,sejak bila adik aku pandai nangis ni.Musykil.

"Senang je,kau fikir diorang tak wujud."

"Remember,jangan lari dari masalah,tapi selesaikan.
Jangan duk salahkan orang lain kalau kita pun bermasalah.
Ambil perlian diorang sebagai satu perangsang.Maju ke depan."

Tangisan Izzah mula reda.
Apa pasai cengeng sangat aku malam ni.Aiseyman.

"Abang tak mengantuk ke?"

Haikal menggeleng.Jam di tangan di lihat.Baru pukul 11 malam.

"Izzah tidur dulu,tomorrw class pagi."

"Thanks sebab sanggup dengar.Mood aku terbalik malam ni."

"Not a big deal.Cuma lepas ni ingat,ayat sentap kau tu akan power bila kau tulis cerpen.Baru orang akan sedar salah diorang.
One more,nak menangis tu berpada pada.Kau bukan lima tahun tapi nak jadi bakal zaujah orang.
Good night.Baca doa tidur.Tak adalah meracau sambil menangis."nada Haikal sinis.

"Abang,kau nak tahu tak,kau dah tembak tepat dekat hati aku.Kau lagi sentap tau dak."
Izzah menutup pintu biliknya.

Haikal di luar tersenyum.

Like brother.Like sister.Meh.

Ditatap lama photo keluarganya.Air mata jantan gugur akhirnya.

"Ma,abah.Sorry kalau Haikal tak dapat jaga Izzah dengan baik.Haikal dah cuba."

Ya.Dia rindu arwah mama dan abah.






















#Hanya Coretan.
140614.
0946am.










Kita tengok dia punya moral.
Jangan duk kutuk cara atau gaya mahupun rupa bentuk entri aku.
Lesing karang.Haha.
Kata kata ibarat pedang yang tajam. 
Typo?Sorry.




 -     Aku kenal kau macam mana dik.
       Kalau bercakap,berdas das kau tembak kasi sentap.
       So,beware,cuba kurangkan ke bisa an ayat kau.
       Tok sah nak kasi sentap sangat  -  Farhan.


Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.
Cerita Pendek 2. Penghijrahan.
Posted on @Friday, 9 May 2014 with 0 cream.s
- Kalau kau nak berubah lepas orang lain berubah,senanya kau tak akan pernah berubah -



"Assalamualaikum sahabat"
Fakhrul tersenyum.Mai dah mamat skater nih.
"Waalaikumsalam"
Haikal melabuhkan punggungnya di sebelah Fakhrul.Decknya diletakkan tepi.
"Sorang je?"
"Allah ada"
Makin mantap jawapan sahabat aku.
"Nah" Haikal menghulurkan Nescafe.
"Thanks"Fakhrul tahu Haikal kafein.Obses sangat.

"Kau nak dengar cerita tak?"
"Pedia?Kau nak kahwin?Alhamdulillah.,Terbuka juga pintu hati kawan aku nih."gurau Haikal.
Fakhrul menumbuk lembut bahu kawannya.
"Agak ah weh.Act,aku nak kongsi satu benda."ujar Fakhrul.
"Kau pernah dengar pasal penghijrahan.Maksud aku perubahan?"sambungnya lagi.
"Bagi aku,perubahan ada banyak maksud.Pertama secara fizikal.Next,mental.Asal?"

Fakhrul melempar batu kecil ke dalam tasik.
"Aku nak berubah.Aku tak nak orang pandang aku lemah."
"Hei kawan,siapa cakap kau lemah?Tak ada orang kan?So please,positif sikit."
Haikal meneguk Nescafe.Dahaga mungkin.

"Memang la orang tak pernah cakap aku lemah.But aku rasa,aku yang paling lemah bila depan Allah.Aku tak rasa amalan aku cukup untuk bawa aku ke sorga.Aku jahil kut"

"Apa yang kau tunggu lagi,buat amalan tu lebih.Stop dengar lagu lagu lagha.Earphone tu,jangan duk lekat sangat dengan telinga.Pekak karang."

"Haikal,tak semudah apa yang kau cakap.Sebab aku takut,bila aku berubah,orang pandang serong dekat aku.Nanti orang cop aku budak alim.Aku tak nak."

"Kau nak nampak hebat di mata manusia atau Allah?Kau pilih sendiri.One more,aku tak rasa yang kau jahil sebab aku kenal kau macam mana,"
Fakhrul mengeluh.Matanya memandang tasik.Subhanallah,Indahnya ciptaan Mu.

"Perubahan memerlukan pengorbanan.Usaha kena lebih.Jangan risau,aku support kau.InsyaAllah,kita sama sama masuk sorga,"

Fakhrul tersenyum.Ya.Perubahan memerlukan pengorbanan,Bukan alasan.

"Dada aku sebu."
"Wei,jangan syadid sangat.Kalau kau nangis,susah aku.Karang aku kena marah dengan mak kau sebab tak jaga kau leklok."

"Haikal,lawak kau tak pernah menjadi."
Haikal berdiri.Decknya dicapai.

"Ingat,kalau kau nak berubah lepas orang lain berubah,senanya kau tak akan pernah berubah."
"Aku tak faham"
"Kau fikir lah sendiri.Kata daie.Aku malas nak terang."

"Dah,jom solat Asar."
Fakhrul dan Haikal menuju ke masjid berdekatan.

Usai solat,

"Kau still confuse eh?" soal Haikal.
"Aku rasa aku tahu apa yang kau nak sampaikan."ujar Fakhrul.
"Kalau camtu,aku balik dulu.See you dekat rumah."

"Haikal.Kejap.Thanks sebab kata kata positif kau and your Nescafe.But,actually,Nescafe boikot tau.
K bai."

Haikal tersentak kemudian dia tergelak kecil.

"Aku nasihat orang tapi aku sendiri buat salah.Padan muka aku."

Kota Edinburgh.Tempat aku dan Fakhrul sama sama berdikari.Nasihat sesama sendiri.Allahu.





#HanyaCoretan.


Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.